RSS

Diego Costa Terlepas Hukuman

Berita baik buat penyokong Chelsea, DIego Costa tidak akan dikenakan sebarang tindakan dari Football Association berhubung tindakannya ketika bertembung dengan Martin Skrtel ketika Chelsea tewas 1-3 kepada Liverpool sabtu lalu.
Pemain kebangsaan Sepanyol itu dirakam menghentak kakinya terhadap Skrtel selepas kedua-dua pemain jatuh ketanah akinat dari sliding tackle dari pertahanan Slovakia tersebut. Pengadil, Mark Clattenburn berada berdekatan ketika kejadian tetapi beranggapan tiada niat jahat berlaku ketika insiden tersebut.
Pihak disiplin FA berpuas hati dengan cara insiden itu diselesaikan dan merasakan tiada niat jahat dalam insiden itu. Lebih menarik, pihak Liverpool dan pemain lain juga tidak membuat sebarang bantahan ketika kejadian itu berlaku membuktikan situasi tersebut diselesaikan dengan baik.
Costa telah dikenakan ban  3 perlawanan pada Januari 2015 selepas ulang tayang televisyen menunjukkan beliau menerjah kakinya terhadap Skrtel ketika Pertahanan Liverpool tersebut rebah sewaktu separuh akhir Capital One Cup
Chelsea berada pada kedudukan ke 14 dalam Liga Perdana England selepas kekalahan 3-1 keatas Liverpool dengan prestasi Costa yang sangat merosot, gagal mempamerkan rentak hebatnya seperti musim lepas dengan 2 gol dalam liga buat masa sekarang. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan